Aktres cantik Anzalna Nasir menganggap spekulasi yang mengatakan dirinya hamil sebagai satu doa.

Menafikan khabar tersebut, pelakon drama bersiri Arluna ini merancang untuk menimang cahaya mata pada tahun ini.

“Spekulasi timbul apabila saya memuat naik foto yang menunjukkan berat badan saya naik di laman Instagram.

Dulu waktu belajar di Australia berat badan naik sampai 50kg. Balik Malaysia, berat badan turun 43kg! Setelah 8 tahun akhirnya berjaya menaikkan berat badan 47.7kg Woohooooo!!!! Masalahnya Korang perasan je kan muka i tembam! Haih? Inilah masalah perempuan, Yang kurus nak gemuk, Yang gemuk nak kurus! #HappyMe #SejenisBeratNaikMukaTembam #SejenisSusahNakNaikBeratBadan #BilaBeratNaikRasaMacamNakBuatKenduriKesyukuran #MesraWudhuNailPolish Photographer: @hanif_zaki

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on


“Ramai pihak yang anggap saya kini sedang berbadan dua. Tetapi sebenarnya berat badan saya naik kerana saya sedang gembira dengan kehidupan sekarang.

“Saya menganggap kata-kata peminat sebagai doa. Saya bersyukur kerana ramai yang mahu menantikan cahaya mata saya dan suami,” kata Anzalna.

Lebih dua tahun mendirikan rumah tangga bersama Hanif Zaki, aktres drama bersiri Memori Cinta Suraya ini banyak menghabiskan masa di rumah dan memperlahankan rentaknya dalam bidang lakonan.

“Tahun lalu, saya telah terlibat dengan drama bersiri 100 episod, Dendam Aurora yang bersiaran di Astro Prima. Jadi pada tahun ini, saya lebih fokus untuk mengambil tawaran telefilem kerana masa yang diperlukan tidak begitu panjang.

“Buat masa ini, saya banyak berehat dan menghabiskan masa di rumah serta tidak terlalu sibuk dengan kerjaya lakonan. Doakan yang baik-baik untuk saya dan suami diberikan rezeki menimang anak tahun ini,” kata Anzalna yang ditemui di majlis pelancaran butik barangan kemas Tous di IOI City Mall, Putrajaya pada Jumaat.



Jenama barang kemas yang berasal dari Sepanyol ini membuka cawangan ketiga di IOI City Mall Putrajaya selepas mempunyai dua cawangan di Pavilion KL dan Sogo.

Selain Anzalna, selebriti lain yang menghadirkan diri di majlis pelancaran butik Tous adalah Zahirah Macwilson dan Ruhainies.

Teks oleh: Kamaruddin Razal