Pelakon cantik Zahirah Macwilson, 23, gembira kerana ibunya, Maslinda Yusoff telah selamat disatukan dengan lelaki idaman.

Selepas lebih dua tahun memikul gelaran ibu tunggal, Maslinda, 43, menamatkan zaman janda dengan mendirikan rumah tangga bersama seorang jejaka asal Singapura yang dikenali sebagai Hairul pada 24 Mac lalu.

Maslinda dan bapa Zahirah, pelakon Zainol Macwilson pernah mendirikan rumah tangga selama 22 tahun dan berpisah pada November 2015.

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana ibu dapat bertemu dengan cinta hatinya. Sejujurnya, saya tumpang gembira apabila melihat ibu tersenyum di hari bahagia.

Sah sebagai suami isteri ❤️ #syukuralhamdulillah ?

A post shared by ?Maslinda Yusoff? (@maslindayusoff_) on

Family?❤️

A post shared by ?Maslinda Yusoff? (@maslindayusoff_) on


“Saya pulang ke Perth, Australia selama dua minggu untuk menghadiri majlis perkahwinan ibu dan menjalani penggambaran sebuah drama bersiri di sana,” kata Zahirah.

Sebagai anak sulung, Zahirah melihat kehadiran bapa tirinya sebagai pelengkap keluarga.

“Kehidupan ibu lengkap semula dan saya berdoa perkahwinan ibu dan bapa tiri bahagia sehingga ke akhir hayat.

“Ibu dan ayah saya kini sudah mempunyai kehidupan sendiri dan sebagai anak, saya mahukan yang terbaik untuk mereka.

“Saya bersama adik beradik lain selalu berdoa dan berharap agar mereka bahagia serta sihat sentiasa,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran butik barangan kemas Tous di IOI City Mall, Putrajaya pada Jumaat.



Jenama barang kemas yang berasal dari Sepanyol ini membuka cawangan ketiga di IOI City Mall Putrajaya selepas mempunyai dua cawangan di Pavilion KL dan Sogo.

Selain Zahirah, selebriti lain yang menghadirkan diri di majlis pelancaran butik Tous adalah Anzalna Nasir dan Ruhainies.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Maslinda