Kurang Keyakinan Diri Kerana Bentuk Badan? Saksikan Apa Yang Dihadapi Oleh Mar Dalam 3 Gadis Manis Musim 2!

9 April 2018. 10.00 AM
19,392
Advertorial
Kurang Keyakinan Diri Kerana Bentuk Badan? Saksikan Apa Yang Dihadapi Oleh Mar Dalam 3 Gadis Manis Musim 2!
Masih ingat dengan 3 Gadis Manis yang bersiaran pada tahun lalu? 3 Gadis Manis (3GM) kembali lagi dengan musim kedua! 

Masih mengekalkan tema persahabatan, 3GM kali ini menampilkan pelakon cantik seperti Hannah Delisha yang memegang watak sebagai Jo, Yaya Zahir sebagai Nina dan pendatang baru, Dee Alhadi sebagai Mar.

Dee yang sebelum ini pernah muncul dalam iklan popular Dugaan Raya Aida membuat kemunculan pertama dalam drama online ini.

Menjayakan watak sebagai Mar, Dee perlu mendalami watak seorang wanita misteri yang merupakan teman serumah terbaru Jo dan Nina.

Nina dan Jo sering berteka-teki bila tiba soal Mar kerana Mar tidak mendedahkan banyak perkara mengenai dirinya. 

Sebenarnya, Mar yang bekerja sebagai DJ mempunyai masalah keyakinan diri kerana dia merasakan tubuhnya besar. 

Biarpun tampil ceria dalam program yang dikendalikan, Mar merasakan dirinya kurang yakin apabila bertemu ramai orang di luar.

3GM bakal menampilkan cara-cara untuk menangani masalah yang dihadapi oleh Mar. Sebagai teman serumah, Nina dan Jo cuba membantu Mar menangani kekuranga yang dirasakan oleh Mar.

Menggunakan produk NIVEA Cherry Blossom & Jojoba Oil in Lotion, mereka bertiga dapat meningkatkan lagi rasa keyakinan diri dan mengatasi semua masalah yang dihadapi dengan tenang.

Diarahkan oleh Junad M.Nor dan dibantu oleh Nadirah Zakariya, 3 Gadis Manis musim kedua yang diharumkan oleh NIVEA akan bersiaran sebanyak tujuh episod menerusi platform digital di www.3gadismanis.com.my dan aplikasi Gempak bermula 9 April ini.

Jangan lupa saksikan 3 Gadis Manis musim 2, awesome like cherry blossom!

Artikel Berkaitan