Aksi pelawak, Achey sebagai guru yang sering merotan pelajar antara jenaka paling menyerlah dalam persembahan minggu ketiga, Bocey & Friends Live baru-baru ini.

Achey mengakui selepas berbincang dalam kumpulan, dia paling sesuai untuk memegang watak tersebut.

Malah, lakonan Abam juga mencetuskan tawa penonton yang menjadi pelajar anak orang kaya yang berlagak yang tidak takut pada cikgu.

"Fad bukan tak menyerlah tapi dia tolong 'set up'. Jika perasan, semua apa yang kita keluarkan tadi dia 'set up' dengan cantik.

"Kalau saya dengan Abam terlalu menyerlah tetapi tiada orang yang 'set up' seperti Fad, kami tak jadi seperti itu. Itu antara permainan Bocey kita gunakan sejak dulu sehingga sekarang," katanya kepada Astro Gempak.



Tambahnya, peranan Fad sangat penting dalam memastikan 'punchline' antara mereka bertiga menjadi.

"Setiap artis jemputan juga banyak membantu cuma kami kena cepat berfikir agar tidak mengeluarkan kata-kata melampau walaupun ‘punchline’ sederhana tapi cukup untuk cameo yang datang.

"Kumpulan Zero memang kita kenal dan kawan beraksi sangat hebat, banyak membantu dalam Bocey & Friends Live kali ini.

"Tenaga mereka kuat, kena pula tema sekolah yang memerlukan untuk jadi bersemangat seperti kanak-kanak. Mereka bagi 'benda' itu," katanya.

Dalam aksi kali ini, Achey paling banyak menggunakan rotan untuk memukul pelajarnya.

"Sebenarnya, rotan digunakan untuk 'stop' apa yang mereka buat takut mereka terlebih daripada 'timing'.

"Kedua, kami mahu tunjuk pada orang ramai, cikgu jangan terlalu keras walaupun boleh menghukum. Ibu bapa juga perlu beri guru-guru untuk mendidik anak-anak mereka," katanya.

Bagi Abam, apa yang dipaparkan kali ini lebih mendalam dari aspek 'content' yang lazimnya menunjukkan ibu bapa menyalahkan guru daripada mahu mendidik.

"Kita cuba ubah persepsi penonton. Dalam kebanyakan sketsa lain sebelum ini, cikgu melawan balik tapi kali ini kita biarkan saja, dia sabar dan relaks," katanya.

Pada penonton, jangan lupa saksikan Bocey & Friends Live yang disiarkan pada setiap Jumaat jam 10 malam di Astro Warna and Warna HD.

Komedi pentas ini dibawakan oleh CIMB.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: Astro Gempak