Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin mengakui kesal apabila ada pihak mengunakan gambar dan namanya untuk menyebarkan cerita palsu kepada masyarakat.

Menerusi entri di Instagram (IG), Siti telah berkongsi berita palsu yang digunakan sebuah blog yang mendakwa dia menggunakan maklumat secara tidak sah semata-mata untuk bergelar jutawan.

"Assalamualaikum semua. Ingatkan waktu berpantang, bolehlah berehat tapi tak mengapa, saya perlu jelaskan sesuatu supaya tidak ada orang yang keliru dengan berita palsu ini.

"Berita palsu ini terdapat di dalam sebuah blog dengan tajuk lain tetapi apabila kita klik pautan yang berkenaan, akan keluar berita yang memaparkan wajah saya dengan ejaan nama Sita Nurhaliza.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya berita tersebut (jika dirujuk kepada saya) dan perkara tersebut tidak ada kena mengena dengan diri saya.

"Apakah tujuan yang cuba dibuat oleh pihak yang menulis berita tersebut? Saya tidak pasti namun menggunakan wajah saya dan nama Nurhaliza telah mengundang pertanyaan ramai orang mengenai berita tersebut.

"Saya berharap agar pihak yang membuat berita palsu ini segera memadamkan wajah dan nama saya kerana saya tidak ada kena mengena langsung dengan berita tersebut.

"Jika perkara ini berlanjutan, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya yang diperuntukan di bawah undang-undang yang berkaitan" tulisnya.

Assalamualaikum semua. Ingatkan waktu berpantang, bolehlah berehat tapi tak mengapa, saya perlu jelaskan sesuatu supaya tidak ada orang yang keliru dengan berita palsu ini. Berita PALSU ini terdapat di dalam sebuah blog dengan tajuk lain tetapi apabila kita klik PAUTAN YANG BERKENAAN, akan keluar berita yang memaparkan wajah saya dengan ejaan nama Sita Nurhaliza. SAYA DENGAN INI MENAFIKAN SEKERAS-KERASNYA BERITA TERSEBUT (jika dirujuk pada saya). SAYA TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN BERITA PALSU TERSEBUT. Apakah tujuan yang cuba dibuat oleh pihak yang menulis berita tersebut, saya tidak pasti namun menggunakan wajah saya dan nama Nurhaliza telah MENGUNDANG KEKELIRUAN DAN MENIMBULKAN PERTANYAAN BANYAK PIHAK mengenai KESAHIHAN berita tersebut. Saya berharap agar pihak yang membuat berita palsu ini segera memadamkan wajah dan nama saya SEPERTIMANA YANG TERTERA DALAM PETIKAN DI BLOG TERSEBUT. Jika perkara ini berlanjutan, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan YANG SEWAJARNYA YANG DIPERUNTUKKAN DI BAWAH undang-undang YANG BERKAITAN.

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on


Siti kini masih berpantang selepas melahirkan Siti Aafiyah dengan berat 3.55 kilogram kira-kira pukul 8.17 pagi pada 19 Mac lalu di sebuah hospital swasta secara pembedahan.