Penyanyi Siti Nordiana mengakui mempunyai sebab tersendiri kenapa memilih pelakon Fikri Ibrahim dan Alvin Chong untuk terlibat dalam muzik video Hatiku Milikmu.

Menurut Siti Nordiana atau lebih selesa dipanggil Nana, berkata, dia memilih Fikri Ibrahim dan Alvin Chong disebabkan permintaan serta pandangan daripada peminatnya yang ingin melihat gandingan mereka bersama.

"Sebenarnya saya ada menanyakan kepada peminat di laman Instagram, selebriti mana yang mereka nak tengok digandingkan dengan saya dalam muzik video ini.

"Jadi rata-rata mereka mahukan saya bergandingan bersama Fikri dan Alvin dalam muzik video terbaharu ini.

"Selepas berbincang dengan pihak pengurusan mereka bersetuju untuk mengambil Fikri dan Alvin untuk bekerjasama bersama dengan sama.

"Lagipun mereka berdua ini adalah kawan saya, jadi agak mudah untuk kami mencari keserasian untuk menjayakan penggambaran muzik video ini yang dilakukan di Krabi," katanya kepada Astro Gempak.

Nana berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran muzik video lagu terbarunya, Hatiku Milikmu di Flora Terrace, Kuala Lumpur, baru-baru ini.