Rumah tangga penyanyi terkenal, Ziana Zain, kembali menjadi perhatian apabila wanita berusia 50 tahun itu dilaporkan sudah memfailkan penceraian.

Menurut laporan, penyanyi Madah Berhelah itu sudah memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 3 April lalu.

Namun, menurut sumber, suaminya, Armin Zaharin, 53 tahun, tidak bersetuju untuk melafazkan cerai dan minta kes tersebut dibawa ke jawatan kuasa pendamai.

Ziana bagaimanapun memilih untuk tidak mengulas apa-apa mengenai hasratnya untuk bercerai selepas 20 tahun mendirikan rumah tangga.

Peguam pemerhati Ziana Zain, Luqman Mazlan memberitahu, pasangan berkenaan sudah tidak tinggal sebumbung kerana menjalani tempoh jaminan selain tidak dibenarkan mendekati keluarga anak guamnya.

"Keadaan mangsa iaitu anak lelaki Ziana Zain yang dicederakan oleh Orang Kena Tuduh (OKT) masih dalam trauma," jelasnya.

Armin dan Ziana bernikah pada 9 Mei 1998.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata, Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

Sumber: AStro Awani