Bekas penggusti WWE, Dwayne Johnson atau The Rock tidak akan muncul dalam filem ke-9 Fast and Furious.

Keputusan itu dilakukan selepas The Rock didakwa tidak berpuas hati dengan salah seorang pelakon utama filem tersebut ketika penggambaran siri kelapan filem tersebut, The Fate of The Furious.

The Rock didakwa tidak berpuas hati dengan Vin Diesel kerana pelakon itu sering menimbulkan masalah disiplin seperti datang lewat ke lokasi penggambaran.

The Rock mengesahkan perkara itu menerusi salah sebuah temu bual bersama Rolling Stone.

Biarpun tidak terlibat dengan Fast and Furious 9, The Rock sedang dalam perancangan menjayakan spin-off filem berkenaan bersama Jason Statham.

Filem tersebut akan menumpukan fokus kepada watak Luke Hobbs (The Rock) dan Deckard Shaw (Statham) tanpa watak asal filem berkenaan.

Filem spin-off Fast and Furious akan membuka tayangan pada 26 Julai 2019 sementara Fast and Furious 9 dijadual ditayangkan pada 10 April 2020.

Foto: ABC News