Aksi pelakon filem Busker, Anas Ridzuan sewaktu menjayakan maternity shoot bersama isterinya mencuit hati netizen.

Isteri Anas, Ana Syuhada memuat naik beberapa keping foto kenangan tersebut menerusi laman Instagram miliknya dua hari lalu.

Kenang semula masa sesi maternity shoot di @markaskd (terima kasih kak adik @fazleena ?) beberapa jam sebelum Anugerah selamat dilahirkan. Sempat juga la i melantak nasi daun pisang (sedangkan sepanjang kehamilan anti betul dengan kedai mamak/masakan india),dan menonton beberapa episod drama korea (sambil jari buat mini love) Teruskan swipe jika ingin memurnikan penglihatan anda

A post shared by Ana Syuhada (@anasyiu) on


“Kenang semula masa sesi maternity shoot di @markaskd (terima kasih kak adik @fazleena) beberapa jam sebelum Anugerah selamat dilahirkan.

"Sempat jugalah I melantak nasi daun pisang (sedangkan sepanjang kehamilan anti betul dengan kedai mamak / masakan india), dan menonton beberapa episod drama korea (sambil jari buat mini love)

“Teruskan swipe jika ingin memurnikan penglihatan anda,” tulis Ana.

Menariknya, Anas yang bertugas sebagai salah seorang penyampai radio IM4U FM membuat satu kelainan dengan memberikan ‘pose’ perut buncit, seperti dirinya yang sedang hamil.

Rakan-rakan serta peminat pasangan ini terhibur dengan aksi sempoi yang diberikan oleh Anas dan Ana.

Anas dan Ana mendirikan rumah tangga pada 22 Oktober 2016 selepas beberapa tahun menyulam cinta.

Anugerah bin Anas 24/2/2018 12.12 tengahari 3.3 kg Jaga-jaga semua, timeline akan penuh muka saya. #anugerahanas

A post shared by Anas Ridzuan (@anasridzuan) on


Ana selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.3 kilogram yang diberi nama Anugerah pada 24 Februari lalu.

Sebelum ini, Anas dan Ana merupakan bekas peserta program realiti Mentor. Anas merupakan protege kepada Faizal Tahir manakala Ana pula merupakan protege kepada Ramlah Ram.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Anas dan Ana