Mesti ramai diantara kita yang mempunyai kehebatan yang luar biasa dalam bermain permainan video game terutamanya Fifa 18.

Tak guna kalau kehebatan yang anda ada itu hanya digunakan untuk bertanding bersama rakan-rakan sahaja.

Itu sebenarnya tidak menunjukkan anda seorang yang hebat sebaliknya mungkin anda cuma hanya layak digelarkan sebagai seorang 'jaguh kampung'.



Kehebatan sebenar adalah anda mengunakan bakat yang dianugerahkan itu untuk bertanding atau berlawan dengan orang lebih hebat di peringkat tinggi.

Jadi jangan sia-siakan bakat itu dan serlahkan kehebatan anda dengan menyertai pertandingan 'Rah Rah Russia: Esports Tournament' untuk mengukur tahap kehandalan dalam bermain Fifa 18.


Jom sertai pertandingan 'Rah Rah Russia: Esports Tournament' dan menangi hadiah utama bernilai RM5000 dan tiket penerbangan ke Rusia Untuk dua orang.

Sertai 'Rah Rah Russia: Esports Tournament' di tempat berhampiran anda:

1) Pulau Pinang – Sunway Carnival Malls pada 14 dan 15 April.

2) Melaka – Dataran Pahlawan Merdeka Megamall pada 28 dan 29 April.

3) Pahang – Kuantan City Mall pada 5 dan 6 May.

4) Kuala Lumpur – Sunway Pyramid pada 11 dan 12 Mei.


'Rah Rah Russia: Esports Tournament' ingin mencari setiap dua orang terbaik di setiap tempat dan enam orang finalis di Kuala Lumpur.

Finalis yang dipilih akan sekali lagi bertanding untuk merebut peluang memenangi hadiah utama.

Orang ramai yang hadir pada 'Rah Rah Russia: Esports Tournament' juga berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah.


Rah Rah Russia Esports Tournament juga turut dibawakan oleh Vivo V9 sebagai penaja utama telefon bimbit yang menawarkan 90 peratus nisbah skrin ke badan dan ia turut dilengkapi dengan ciri kecerdasan buatan (AI) serta rekaan nipis dan bergaya bagi memenuhi keperluan pengguna dalam mendapatkan gambar yang baik dan menikmati pengalaman mudah alih optimum.

Ia memiliki saiz skrin seperti telefon pintar 5.5 inci namun ditawarkan dengan saiz skrin 6.3 inci, kamera depan 24 megapiksel (MP), dwi kamera belakang 16 MP + 5 MP dan dilengkapi Android 8.1 OS serta dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 626 Octa-core.



Vivo V9 didatangkan dalam tiga warna iaitu hitam, emas dan mutiara dan ia boleh didapati di pasaran mulai 31 Mac lalu melalui cawangan runcit Vivo dan pengedar sah di seluruh negara pada harga RM1,399.

Untuk maklumat lanjut mengenai 'Rah Rah Russia: Esports Tournament' jangan lupa untuk melayari laman web di www.RRRussia.com.my dan www.vivo.com.my.