Bekas isteri kepada suami pelakon Izreen Azminda, Intan Liana Salleh akui terkilan apabila menjadi mangsa kecaman netizen.

Intan meluahkan rasa hatinya menerusi ruangan Insta Story miliknya baru-baru ini.

Bagaimanapun, luahannya itu telah disalah ertikan oleh netizen.

“Maaf teremosi, kalau nak membalas banyak sangat boleh balas tapi buat apa kan.

“Rasanya bila diam memang dipijak-pijak maruah ni. Dihina, aib apatah lagi. Nak tanya, memang plan dari awal nak buat semua ni?” tulisnya.



Kata Intan, dia hanya sekadar berkongsi rasa dan tidak mempunyai motif atau sebarang tujuan tertentu .

“Serba salah pula bila letak mesej tadi tu dekat IG Story. Emm tulah kan susah jadi Intan, bila diam salah, bila nak bersuara pun salah.

“Maaf ya pada IG yang DM Intan tadi. Bukan apa tiba-tiba rasa nak upkan DM you tadi. Tapi tulah, serba salah dah ni.

“Tak apalah pendapat diakan. Itu yang dilihat so Intan terima. Abaikan,” luahnya.



Dalam pada itu, pengikut IGnya juga meminta supaya Intan bersabar dan tabah mencari rezeki serta kuat untuk menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal.

“Bonda kuat, InshaAllah. Kami semua sentiasa sokong bonda” -@juwairiyyah_jamaliyyah189

“Semoga terus kuat dan tabah untuk terus membesarkan anak-anak smbil mencari rezeki. Semoga Allah meredhai dan syurga balasannya nanti. Aminnn. Take care dear,” -@nisaosamana

“Wanita kuat tak perlu kan lelaki yang tak guna. Diri sendiri pun boleh handle semua benda. Anak, pekerjaan dan macam macam lagi. Itu lah ciri-ciri wanita yg kuat,” -@annaliff_


Foto: Instagram @ __iiiintan.saleh