Penyanyi Sufian Suhaimi menyifatkan tindakan pelakon Fathia Latiff menyanyikan semula lagu Di Matamu dalam versi sendiri tidak salah.

Kata Sufian, selagi perkara itu tidak menyentuh sensitiviti dan hal peribadi, dia tidak mempunyai sebarang masalah.

“Saya tak tahu apa motif dia buat begitu, mungkin hanya sekadar ingin memberitahu individu tersebut dia ada buat sesuatu yang baru.

“Selagi lagu itu tidak menyentuh isu peribadi, saya tak nampak lagi tu sesuatu yang salah,” katanya.

Sufian ditemui ketika sidang media Malaysia Floor Pattern Sport Dance Competition 2018 di Bilik Seri Nilam, Istana Budaya, pada Khamis.

Dalam perkembang lain, Sufian bakal membuat persembahan di Istana Budaya untuk malam separuh akhir Malaysia Floor Pattern Sport Dance Competitions 2018.

Selain Sufian, penyanyi lain yang turut membuat persembahan adalah Syamel, Erni Zakri dan As’ad Motawh.

Pertandingan berkonsepkan kreativiti dan keindahan tarian joget serta zapin itu bakal diadakan pada 8 Mei hingga 12 Mei depan.

Tiket-tiket mula dijual pada 17 April ini dengan harga RM25 (sesi saringan), RM35 dan RM60 (separuh akhir) serta RM40, RM80 dan Rm100 (akhir).

Untuk maklumat lanjut layari Favebook dan Instagram rasmi Istana Budaya.

Terdahulu, Fathia telah mengaitkan nama bekas tunang Sufian, Elfira Loy menerusi lagu Di Matamu dengan menukar lirik.

Fathia kemudiannya memetik nama Elfira di akaun Twitternya berserta muzik video rakaman semula lagu Di Matamu nyanyiannya.

Foto: Instagram @sufiansuhaimi_

Teks oleh: Mya Amri