Pelawak dan penyanyi Achey mengakui belum mempunyai masa yang sesuai untuk melancarkan single keduanya yang berjudul Takkan Hilang.

Menurut Achey, dia ingin memberi peluang kepada penyanyi lain untuk mengeluarkan lagu mereka dahulu di pasaran.

"Alhamdulillah, single pertama saya berjaya diterima peminat walaupun pada awalnya lagu itu dilakukan secara kebetulan.

"Buat masa sekarang saya sudah ada sinle kedua berjudul Takkan Hilang, namun sekarang saya masih tiada waktu yang tepat untuk melancarkannya.

"Mungkin saya ingin memberi peluang kepada penyanyi lain dahulu memandangkan ramai penyanyi kini sedang mengeluarkan lagu mereka.

"Saya tidak mahu terburu-buru dan pihak pengurusan merancang untuk mengeluarkannya sebelum atau selepas Aidilfitri supaya ia tidak bertembung," katanya kepada Astro Gempak.

Dalam perkembangan lain, Achey, Fad dan Abam terlibat dalam program Bocey & Friends Live yang bersiaran secara langsung setiap Jumaat, jam 10 malam di Astro Warna (132) dan Warna HD (124).

Bocey & Friends Live turut menampilkan pelakon vateran Nasir Bilal Khan sebagai Tukang Buka Panggung manakala Datuk Ramli Ms bertindak sebagai pengarah muzik program tersebut.