Seiring pertambahan usia, pelakon Nad Zainal semakin kelihatan jelita hingga ada peminat yang melabelkannya sebagai Mila Kunis Malaysia.

Menerusi perkongsian wajah terbaharu Nad di entri jurusolek popular baru-baru ini, foto Nad yang dioles solekan sederhana itu menarik perhatian netizen.

"Nanad (Nad) by me, nak make up dia dari zaman kerja retail lagi 7 tahun lepas, sekarang impian sudah tercapai," tulis jurusolek @nvdism.

Jawab Nad dalam ruangan komen foto itu; "Nad tu kekwat (sombong) ke? Teruk betul 7 tahun, lepas tu post 60 gambar semalam. Tak move on."

N A D ZAINAL . . Nanad by me, nak makeup dia dari zaman zaman kerja retail lg, that was 7 years ago, alhamdulillah impian pun dah tercapai, skrg apa2 yg kita hajati, haruslah sentiasa bersangka baik pada Allah, insyaAllah, apabila rezeki itu milik kita, pasti ia nya akak berlaku juga dengan izin Allah, thank you nanad for the oppurtunity, . . #nvdisms #nadzainal

A post shared by NAD ISMAIL Makeup Artist (@nvdism) on


Peminat pelakon filem Kami Histeria itu juga memuji penampilan Nad yang bertaraf antarabangsa.

"Buka IG terus nampak gambar ini. Ingat minah saleh mana, rupanya Nad Zainal. Cantiknya," tulis @dianajamaludin.

"Nampak macam tanner version Chloe Morello. Cantik!" puji @thekakeryperth.

"Wah! Lainnya muka dia," tambah @chukieschuk.

Apapun, jom lihat wajah dahulu dan sekarang Nad Zainal. Mungkin sekitar 7 tahun lepas?

Patutnya ke event... lepastu..... CANCEL! @miedy.daniel jangan tanya kenapa cancel.. biasala jadi mak-mak ni... tapi.... mood tengok DUKUN ada pulak.. so sebabkan makeup i bertahan , i bawa makeup ni jumpa DUKUN sat lagi. @nvdism im in laff!!!

A post shared by Yem’s mom . Art Lover (@nad.zainal) on

Hasil tangan @nvdism ! Bencila! Lawa sangat!

A post shared by Yem’s mom . Art Lover (@nad.zainal) on

Hi ? nak ke @mdc.kl kejap

A post shared by Yem’s mom . Art Lover (@nad.zainal) on

ALIA @safirasyukri

A post shared by Yem’s mom . Art Lover (@nad.zainal) on







Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @nvdism, @nad.zainal