Air dicincang takkan putus! Momen jejak kasih anak-anak cef selebriti popular Datuk Dr. Fazley Yaakob telah menyentuh hati netizen.

Fazley berkongsi sepotong video merakamkan dia bersama isteri dan seorang anaknya yang baru sampai di balai ketibaan lapangan terbang disambut oleh tiga anaknya yang lain.

Ketiga-tiga anaknya berlari mendapatkan satu sama lain dan memeluk erat sesama mereka sambil melepaskan rindu.

Menurut Fazley, dia, isteri dan salah seorang anaknya tidak dapat menaiki penerbangan asal pulang ke Kuala Lumpur dan perkara itu merisaukan anak-anaknya.

"Semalam bila tak dapat naik flight yang asal untuk balik ke Kuala Lumpur, abang dan adik dah menangis di rumah risaukan kami takkan balik langsung.

"Selepas selesainya semua masalah penerbangan, bagasi ‘hilang’ bersama MAS, akhirnya empat adik-beradik ada pertemuan 'Jejak Kasih' di airport tadi.

"Payish, Piyash, Piyush & Baby Ellie are now all reunited again!" tulis Fazley di Instagramnya.

Semalam bila tak dapat naik flight yang asal untuk balik ke Kuala Lumpur, abang dan adik dah menangis di rumah risaukan kami takkan balik langsung. Selepas selesainya semua masalah penerbangan, bagasi ‘hilang’ bersama MAS, akhirnya empat adik beradik ada pertemuan “Jejak Kasih” di airport tadi. Payish, Piyash, Piyush & Baby Ellie are now all reunited again! @payishpiyashpiyush @ellie_alaynaselma

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on


Perkongsian Fazley itu dihujani komen-komen peminat yang sayu melihat keakraban anak-anaknya sampai ada yang sebak.

"Alahai sedihnya sayang. Tengok pun bertakung air mata," tulis @sha_syahid.

"Happy sangat tengok keluarga Datuk Fazley, semoga menjadi contoh," tulis @pjut.

"Aduh! Sebak tengok babak adik-beradik... Keluarga penyayang," tambah @loveanis_fariha.

Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: IG @fazleyyaakob