Pasangan popular Bollywood, Deepika Padukone dan kekasihnya Ranveer Singh dilaporkan akan berkahwin tahun ini.

Difahamkan Deepika dan Ranveer sedang mencari tarikh yang sesuai untuk melangsungkan perkahwinan mereka iaitu antara bulan September hingga Disember 2018.

“Perkahwinan ini akan berlangsung secara tertutup dan sangat peribadi. Mereka akan disatukan di hadapan keluarga dan kenalan rapat sahaja,” kata sumber.

Selain itu, Deepika juga dikatakan telah pulang ke kampung halamannya untuk membuat persiapan perkahwinan dengan menempah baju dan barangan kemas untuk hari bahagianya nanti.

Perkahwinan itu akan dijalankan mengikut adat resam tradisional Hindu.

Terdahulu, spekulasi mengatakan Deepika dan Ranveer mula menjalinkan hubungan cinta selepas membintangi filem Ram Leela arahan Sanjay Leela Bhansali.

Sumber: The Indian Express