Pasangan pelakon Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah ditegur peminat selepas memuat naik gambar bersama anak mereka di tengah panas.

Menerusi entri terbaru di laman Instagram Azwan, pelakon itu memuat naik sekeping foto keluarga mereka yang kini sedang bercuti di Perth, Australia.



"Bila tengok gambar ni rasa kesian pulak kat @harumdalia", tulis Azwan.

Rata-rata peminat mengambil berat keadaan anak mereka yang sedang bergambar di tengah panas.

Ada juga peminat yang mahu Azwan dan Ezzaty memakaikan topi untuk anak mereka agar terlindung dari sinaran matahari.



Azwan dan Ezzaty mendirikan rumah tangga pada 16 Julai 2016 di kediaman pengantin perempuan yang terletak di Bentong, Pahang.

Pasangan ini dikurniakan dengan kehadiran Harum Dalia yang lahir pada 6 Disember 2017.

Teks oleh: Kamaruddin Razal