Ibu kepada seorang remaja autism, Masnura Muslim memberitahu anaknya, Zahiem Assaid Zaharul Lailiddim begitu teruja untuk menghadiri Anugerah MeleTOP ERA 2018 (AME2018) pada Ahad ini.

Masnura ketika dihubungi Astro Gempak berkata dia bersyukur kerana hasrat anaknya untuk ke AME2018 tercapai.

“Memang saya tidak galakkan tetapi Zaheim memang begitu berminat dengan dunia hiburan.

“Boleh dikatakan dia memang tahu segala perkembangan yang berlaku dalam industri hiburan.

“Hampir setiap hari dia akan mengingatkan saya tentang tiket untuk menonton AME2018.

“Pada mulanya saya memang pening kepala hendak mencari jalan untuk ke acara tersebut namun inilah yang dikatakan rezeki.

“Zaheim memang minat semua artis yang tercalon di AME2018 dan dia memang teringin nak tengok semua artis popular berkenaan.

“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada pihak Astro dan juga rakan yang membantu kami,” ujarnya.

Bila bab ni... mummy dah pening! Zahiem! Mana laku tiket ni nak ke ANUGERAH MELETOP ERA!!! Setiap hari beratus kali sebut TIKET AME... kat rumah semua dah pening... kat Sekolah... cikgu2 dan kawan2 pun dah lali... kalau mummy tak dpt tiket ke Anugerah Meletop Era... mummy rasa perang dunia ketiga kat rumah ni... mummy dah mula stress??? #zahiemisanautisticboy #zahiemisalwaysspecial #mummypening #AME2018

A post shared by NuraMuslim (@masnura_muslim) on

Namun kata Masnura, dia masih belum lagi memberitahu berita gembira itu kepada Zahiem kerana mahu memberikan kejutan kepadanya malam ini.

“Saya sendiri belum khabarkan kepadanya, sebelum ini kalau kata tiada tiket, dia pasti memberikan reaksi dengan mencubit.

“Tetapi malam ini tak tahulah, mungkin melompat agaknya dapat tiket,” katanya ketawa.

Terdahulu, Zahiem mencuri perhatian apabila meluahkan hasrat untuk menghadiri Anugerah MeleTOP Era 2018 menerusi akaun Instagram baru-baru ini.

AME 2018 bakal bersiaran secara langsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad, 8 April 2018 jam 9.00 malam dan disiarkan di saluran Astro Ria (104), Astro Prima (105), Astro Ria HD (123) dan Maya HD (134).

Manakala program Showcase Eksklusif AME 2018’ disiarkan menerusi platform digital Astro Go bermula jam 5.00 petang hingga 6.30 petang.

Foto: Instagram @masnura_muslim

Teks oleh: Mya Amri