Pelakon Yatt Hamzah memberikan gelaran ‘Suci Si Bibir Merah’ kepada puteri ketiganya yang selamat dilahirkan pada 2 April lalu.

Kata Yatt, panggilan itu diinspirasikan berdasarkan gelaran anak kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah.

“Eeeee, geramnya kat baby ni! Kalau #babyctdk #aafiyah si comel pipi merah, #babyYH Lil Mujahidah Suci Si bibir merah!

“Hehe, Bonda nak jugak! Hari ni #babyYH genap 3 hari. Ada geng yang sebaya dgn #lilSuci ke? .

“Alhamdulillah selamat dah #LilSuci tiba ke dunia. Punya lama dia dalam perut Bonda dia, sikit lagi nak 42 minggu!

“Bonda rasa dia tak nak keluar sebab cuaca sangat panas di dunia luar sekarang. Dalam perut Bonda sangat nyaman, sejuk suam-suam je. So cozy wahhh.

“Bonda & #LilSuci doakan semua ibu-ibu yang sedang berjuang untuk melahirkan agar bersabar, tabah dan diberikan kekuatan.

“Moga selamat para ibu dan baby masing-masing. Jangan berhenti zikir ayat-ayat Suci Al-Quran kerana ia adalah Syifa' (penawar). Ameen,” coretnya di akaun Instagram semalam.

Entri itu juga turut disertakan dengan foto bayi comel itu yang hanya menampakkan sebahagian daripada wajahnya.

Eeeee, geramnya kat baby ni! Kalau #babyctdk #aafiyah si comel pipi merah, #babyYH Lil Mujahidah Suci Si bibir merah! Hehe, Bonda nak jugak! Hari ni #babyYH genap 3 hari. Ada geng yang sebaya dgn #lilSuci ke? . Alhamdulillah selamat dah #LilSuci tiba ke dunia. Punya lama dia dalam perut Bonda dia, sikit lg nak 42 minggu! Bonda rasa dia tak nak keluar sebab cuaca sgt panas di dunia luar sekarang. Dalam perut Bonda sgt nyaman, sejuk suam2 je..so cozy wahhh..??? . Bonda & #LilSuci doakan semua ibu2 yg sdg berjuang utk melahirkan agar bersabar, tabah dan diberikan kekuatan. Moga selamat para ibu dan baby msg2..Jangan stop zikir ayat2 Suci AlQuran kerana ia adalah Syifa' (penawar). Ameen.. . Jom doakan Bonda YH juga lekas sembuh dan LEKAS KURUS ya! AMEEN..??? . #baby #yattmengayat #fromtheheartofamujahidah #darihatiseorangmujahidah #babyYattHamzah #yatthamzah #suci #babySuci

A post shared by www.fb.com/YATT.HARYATIHAMZAH (@yatthamzah_suci) on

Bagaimanapun, kata Yatt dia masih lagi belum memberikan nama kepada anak ketiganya itu.

Foto: Instagram @yatthamzah_suci

Teks oleh: Mya Amri