Penyanyi Siti Nordiana mengambil keputusan untuk berpisah dengan pelakon Alvin Chong kerana tidak tahan dengan sikap aktor tersebut.

Menurut Siti Nordiana atau lebih selesa dipanggil Nana, berkata, dia dan Alvin telah menjalinkan hubungan cinta selama beberapa hari sahaja untuk menjayakan penggambaran klip video muzik single terbaharunya, Hatiku Milikmu.

"Jangan panik..Hubungan kami sebagai pasangan kekasih dalam muzik video single terbaru saya sahaja.

"Dalam muzik video tersebut saya berpisah dengan Alvin disebabkan sikapnya yang pentingkan diri sehingga mengabaikan saya sebagai seorang wanita.

"Tak suka dengan sikap Alvin, saya telah memilih lelaki lain iaitu Fikry Ibrahim sebagai pasangan yang mampu memberi kebahagiaan kepada saya.

"Penggambaran muzik video itu telah berlangsung di Krabi, Thailand dan saya berharap agar peminat akan menyukai single terbaharu saya ini," katanya kepada Astro Gempak.

Nana berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran muzik video lagu terbarunya, Hatiku Milikmu di Flora Terrace, Kuala Lumpur, baru-baru ini.