“Takkan Saya Nak Buang Dia Tepi Jalan?” - Netizen Sebak Lihat Keikhlasan Eina Azman Layan Pembantu Rumah

4 April 2018. 12.23 PM
109,316
Hiburan
“Takkan Saya Nak Buang Dia Tepi Jalan?” - Netizen Sebak Lihat Keikhlasan Eina Azman Layan Pembantu Rumah
Layanan kelas pertama yang diberikan oleh pelakon Datin Eina Azman terhadap pembantu rumahnya membuatkan netizen sebak.

Menerusi entri terbaru di laman Instagram milik Eina, pelakon drama bersiri Selamat Pengantin Madu ini memuat naik video pertemuan semula dengan pembantu rumahnya yang dipanggil Bik Poji.

Keadaan Bik Poji yang kurang sihat membuatkan Eina dan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah menyediakan sebuah bilik hotel untuk dijadikan tempat penginapan Bik Poji.

Video tersebut memaparkan kesedihan Bik Poji yang terharu kerana dapat kembali bekerja semula dengan Eina dan keluarga.





Salam guys... For those yang always DM saya tanya about my Bik Poji, here we go. After two months tak jumpa Bik Poji, sebab Bik Poji sakit TB dan doktor sarankan dia duduk luar sebab saya ada anak kecil-kecil takut berjangkit.

“Nak hantar balik kampung Bik Poji tak nak sebab dia masih nak berkerja. So takkan saya nak buang dia tepi jalan seperti majikan lain buat?

“So me and hubs decide ambil hotel for two months untuk bagi dia rest cukup dan pulihkan diri dia. Sebab dia on medication for two months.

“Last two months Bik Poji sakit teruk! Ingat something bad akan jadi, kami semua risau. But Alhamdullilah semuanya dah okay dan saya dah bawa dia pulang ke rumah malam tadi
,” tulis Eina.

Eina turut menyertakan hashtag seperti #bibiksayatakpernahlaribilakerjadengansaya #sebabsayatakpukulmakihamunbibik #sayajagakebajikanbibiksayasemua #jangantauamikbyk2bibikuntukSHOWOFF #layanlahmerekamacamkeluargabukanbinatang

Rata-rata netizen turut sama-sama sebak melihat keikhlasan hati Eina melayan pembantu rumahnya seperti keluarga sendiri.

Pengikut laman Instagram Eina juga memuji ikatan mesra yang terjalin antara Eina dengan pembantunya.





Dalam perkembangan lain, Eina kini sedang giat menjalani penggambaran bagi drama bersiri Rahsia Hati Perempuan yang bakal disiarkan di slot Megadrama Astro Ria.

Selain Eina, drama bersiri arahan Michael Ang yang bakal bersiaran sempena kedatangan Ramadan ini menampilkan Fikry Ibrahim, Uqasha Senrose, Mira Filzah dan Hisham Hamid sebagai teraju utama.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Eina

Artikel Berkaitan