Isu Rendang Ayam Tak 'Crispy', PM Najib & Mahathir Pun Back Up Zaleha

4 April 2018. 11.15 AM
105,960
Hiburan
Isu Rendang Ayam Tak 'Crispy', PM Najib & Mahathir Pun Back Up Zaleha
Selalu kita dengar sukan akan menyatu padukan rakyat sesebuah negara, kali ini rendang ayam tak crispy milik Zaleha Kadir Olpin berjaya menggabungkan suara se-Malaysia dan seluruh nusantara.

Baca: Mak Cik & Pak Cik Bawang Nusantara Bersatu, Laman YouTube MasterChef UK Dipadam

Zaleha yang tersingkir daripada pertandingan MasterChef UK kerana masakan rendang ayamnya yang tidak rangup mendapat tumpuan rakyat.

Dalam kehangatan menjelang pilihan raya umum yang bakal tiba, episod 'ayam rendang rangup' turut 'menyatukan' Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang senada terhadap isu itu.

Najib, menerusi Twitternya secara sinis berkata: "Mana ada orang makan rendang ayam 'crispy'? #MalaysianFood."
 
Beliau turut memuat naik sekeping gambar yang memaparkan hidangan itu.

Sementara, Dr Mahathir pula dalam reaksinya di Twitter berkata: "Mungkin anda keliru ayam rendang dengan KFC."



Menariknya, KFC juga tidak terlepas mengambil peluang untuk mempromosikan hidangan signatur mereka, ayam goreng rangup.

"Satu-satunya hidangan ayam yang sepatutnya 'crispy' ialah ayam goreng kami. Kudos MasterChef Zaleha," tulis KFC Malaysia di Facebook rasmi mereka semalam.



Selebriti masakan popular negara, Chef Wan, melalui laman Instagram turut mengambil peluang mempertahankan Zaleha dengan membidas kritikan juri terhadap peserta berkenaan.

Baca: Isu Rendang Ayam Tak ‘Crispy’, Chef Wan Minta Juri Masterchef UK Berhenti Jadi Sarkastik!

Chef Wan berkata para juri harus memahami persediaan untuk memasak nasi lemak serta rasa  sebenar hidangan popular rakyat Malaysia itu.

​​​​Zaleha melalui laman Instagram berkata walaupun hampa selepas tidak berjaya ke peringkat separuh akhir, beliau tetap mempertahan tindakannya memasak hidangan berkenaan dengan cara tradisional.

Ibu kepada dua anak yang turut memuat naik sekeping  gambar hidangan terakhir dalam MasterChef UK  berkata pengalamannya terlibat dalam program itu akan terus terpahat dalam memorinya selain menghargai sokongan diberikan sepanjang beliau bertanding. 

Artikel Berkaitan