Bintang Gema Gegar Vaganza musim kedua (GGV2), Farah Asyikin akui berasa agak kekok membuat persembahan di hadapan orang ramai.

Bagaimanapun kata Farah, dia bersyukur kerana segala urusan dipermudahkan dan persembahan minggu pertama berjalan dengan lancar.

“Saya pun rasa pelik nak naik atas pentas sebab sudah lama sangat saya tidak buat persembahan di depan orang ramai.

“Sejujurnya memang ada sedikit kekok, bila berdiri atas pentas lihat ramai orang, memang rasa gugup.

“Tetapi, Alhamdulillah berkat doa dan juga sokongan yang diberikan saya berjaya atasinya,” katanya ketika ditemui Astro Gempak.

Terdahulu, kali terakhir Farah membuat persembahan di pentas besar adalah pada tahun 2010 untuk majlis Anugerah Festival Filem Malaysia ke-23.

Selain Farah, GGV2 turut menampilkan Awi Rafael, Adeep Nahar, Ippo Hafiz, Heliza Helmi, In Team dan Brothers sebagai peserta.

GGV2 bersiaran secara langsung setiap Sabtu jam 9 malam di saluran Astro Oasis (106) dan Maya HD (135).

Konsert mingguan GGV2 juga boleh ditonton secara langsung di mana sahaja tidak kira sama ada di Malaysia mahu pun luar negara menerusi GGV Live + di www.gemagegarvaganza.com.my.

Konsert GGV2 ini digemakan oleh Beauty Kaseh.

Layari Facebook Live Kaseh Hq setiap minggu untuk memenangi wang tunai dan pelbagai hadiah menarik.

Jadi, jangan lupa ‘follow’ Facebook dan Instagram (IG) Beauty Kaseh, Jaga Baik-Baik.

Foto: Azrul Rafie

Teks oleh: Mya Amri