Aktres jelita, Hannah Delisha, Yaya Zahir dan pelakon iklan 'Dugaan Raya Aida', Dee Alhadi membintangi Gempak original Series, 3 Gadis Manis musim kedua.

Mengekalkan konsep persahabatan sebagai intipati utama penceritaan, musim terbaru 3 Gadis Manis (3GM) ini merupakan terbitan Astro Gempak dengan kerjasama Wayang Works Sdn Bhd.

Menampilkan Mira Filzah, Ayda Jebat dan Cristina Suzanne pada musim sebelum ini, 3GM akan menampilkan kisah yang berbeza namun masih mengekalkan genre komedi santai.

"Alhamdulillah, 3GM musim pertama berjaya mencatatkan lebih tujuh juta jumlah tontonan dengan 16 juta capaian digital. Atas sambutan tersebut, 3GM diteruskan untuk musim kedua.

"Mengambil pendekatan berbeza berbanding drama yang sedia ada, 3GM musim kedua tampil dengan format kompak selama 15 minit dan akan bersiaran selama tujuh episod.

"Tema persahabatan masih dikekalkan dan kami juga menampilkan aspek kekuatan wanita, keyakinan diri serta banyak lagi nilai positif dalam 3GM musim kedua, kata Raja Jastina Raja Arshad selaku Ketua Kandungan Studio Astro.



Selain pelakon wanita, 3GM musim kedua turut menampilkan dua orang aktor lelaki kacak, Aedy Ashraf dan Fahad Iman.

3GM turut dimeriahkan dengan kehadiran Nivea sebagai penaja utama menerusi produk Nivea Cherry Blossom & Jojoba Oil in Lotion.

Diarahkan oleh Junad M.Nor dan dibantu oleh Nadirah Zakariya, 3 Gadis Manis musim kedua ditayangkan menerusi platform digital di www.3gadismanis.com.my dan aplikasi Gempak bermula 9 April ini.

Jangan lupa saksikan 3 Gadis Manis musim kedua, awesome like cherry blossom!

Teks oleh: Kamaruddin Razal