Industri hiburan Malaysia nampaknya sudah dilanda demam filem Dukun!

Trailer yang dimuat naik di laman YouTube pada 1 April lalu sudah mencecah hampir 120,000 tontonan dan menduduki tangga ketiga trending di laman YouTube.

Peminat juga tidak sabar mahu menantikan lakonan mantap Datin Umie Aida yang memegang watak seorang wanita bernama Diana Dahlan yang mengamalkan ilmu hitam.

Peminat juga memuji teknik pemasaran menerusi video #PerempuanKebayaMerah yang tular seminggu sebelum tarikh tayangan Dukun.











Selain Umie, filem arahan Dain Said ini turut dibintangi oleh pelakon hebat lain seperti Faizal Hussien, Namron, Bront Palarea, Elyana dan Hasnul Rahmat.

Buat semua peminat filem tempatan yang ingin tahu kesudahannya, nantikan 5 April di pawagam berhampiran anda.

Jangan lupa saksikan filem Dukun di pawagam dalam versi siaran yang lebih baik serta sistem bunyi yang berkualiti!


Teks oleh: Kamaruddin Razal