Pelakon Johan As'ari kini dalam proses mempersiapkan diri untuk penggambaran filem biobik Mat Kilau.

Menerusi entri terbaharu yang dimuat naik oleh Johan sendiri di laman Twitter miliknya, pelakon filem Juvana itu menayangkan sebahagian daripada sosok badannya.

"Persediaan untuk watak Yasin, jaguh memanah dan pahlawan Melayu ketika zaman 1888. Filem berjudul Mat Kilau. Insya-Allah," tulis Johan.

Filem Mat Kilau diarahkan oleh Syamsul Yusof dan telah memulakan penggambaran sejak 1 April lalu di sekitar Perak, Pahang dan Kuala Lumpur.

Mat Kilau menelan belanja RM5 juta dan penggambaran dijangka memakan masa selama dua bulan dan melibatkan 500 pelakon tambahan.

Selain Johan, filem Mat Kilau turut dibintangi oleh Datuk Adi Putra, Fattah Amin, Beto Kusyairy, A.Galak dan Nadiya Nisaa.

. Apa guna kepuk di ladang, Kalau tidak berisi padi, Apa guna keris di pinggang, Kalau tidak berani mati. . Selesai sudah majlis pelancaran filem epik "Mat Kilau - Kebangkitan Pahlawan".Terbitan Kembara Studio dengan kerjasama Skop Productions. . Syukur ke hadrat Ilahi atas kepercayaan yg diberi utk mengarahkan filem epik sejarah Perwira tanah air kita.Buat julung-julung kalinya aku diamanahkan dgn amanah sebegini besar.Membawa nama perwira tanah air yg semakin dilupa,lebih2 lagi bagi generasi muda. . Doakan kelancaran.Moga2 ia bakal menjadi sebuah filem epik yg akan dikenang oleh generasi hari ini & akan datang. . Ku mahu filem ini memberi impak besar dijiwa masyarakat.Menaikkan semangat bangsa & jati diri Melayu yg mungkin kian hilang pd zaman ini.Dan paling penting semangat perjuangan sebagai pahlawan Islam dibumi Melayu.Takbir! ☝ . Dato Adi Putra (Mat Kilau)/Beto Kusyairy (Wahid) /Fattah Amin (Awang) /Yayan Ruhian (Toga/Pembunuh upahan Inggeris)Wan Hanafisu (Tok Gajah)/Johan Asari (Yasin)/Nadia Nisa (Yang Chik)/ Ali Karimi (Berahim) #matkilau

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm) on



Teks oleh: Amri Hassan
Foto: Twitter @JohanAsari