Pengacara Awal Ashaari mengakui keghairahan untuk memberi barangan berjenama dan membelanjakan wang untuk perkara yang tidak perlu semakin berkurangan seiring peningkatan usia.

Ujar Awal, 36, dia kini lebih mengutamakan keluarga dan kehidupan berbanding bermewah-mewah.

"Ketika muda saya sukakan barang-barang mewah dan mahu lebih hebat daripada orang lain.

"Apa orang nak semua saya pun mahu juga, sampaikan saya melaburkan duit semata-mata untuk memiliki barangan mewah termasuk supercar.

"Selagi tidak berpuas hati saya akan terus melabur untuk mendapatkan rupa bentuk kereta yang saya mahukan.

"Tapi sekarang, saya lebih mengutamakan keluarga dan kehidupan. Barangan mewah bukan lagi prioriti," katanya ketika ditemui pada majlis perlantikan duta #Demi untuk sebuah bank perdagangan terbesar negara baru-baru ini.

Kesedaran itu mula terdetik dalam diri Awal sejak dia berdepan detik mencemaskan dalam kemalangan ngeri tiga tahun lalu.

Baca: "Dua Tulang Belakang Retak, Tulang Koksik Pecah, Kereta Pula Remuk, Enjin Tercabut" - Awal Ashaari

Ketika itu Awal yang tiada perlindungan insurans nyawa dan kesihatan terpaksa berulang-alik ke hospital selama setahun setengah untuk rawatan susulan.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @awalashaari