Pelakon popular, Rozita Che Wan tetap menggamatkan suasana dalam kalangan penonton meskipun dia bukanlah seorang pelawak.

Aksi Che Ta yang bersahaja sebagai doktor dalam persembahan minggu kedua program Bocey & Friends Live baru-baru ini turut mengundang perhatian khalayak.

Che Ta memberitahu walaupun penonton melihat lakonannya bersama kumpulan Bocey mencuit hati tetapi dia masih belum menganggap diri sebagai pelawak.

"Saya tak boleh lagi 'in' dengan mereka (Bocey) sebab mereka sangat kelakar dan saya orang biasa tapi memang seronok bekerjasama dengan mereka," katanya kepada Astro Gempak.



Ujarnya, ketika di atas pentas dia juga mahu tergelak dengan jenaka Bocey sebaliknya, cuba kawal diri agar lakonan mereka lebih berkesan.

"Kalau tidak memang saya pecah perut kat sini. Tak ikut plan cuma ikut je apa yang saya nak buat kat situ.

"Sambutan penonton juga memang ramai kali ini. Saya pun tengok persembahan mereka pada minggu lepas.

"Mereka memang sangat kelakar dan 'best’ serta spontan ketika berlawak," katanya.

Pada penonton, jangan lupa saksikan Bocey & Friends Live yang disiarkan pada setiap Jumaat jam 10 malam di Astro Warna and Warna HD.

Komedi pentas ini dibawakan oleh CIMB.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @rozitachewan1 & Astro Gempak