Isteri kepada penyanyi Indonesia, Opick, iaitu Dian Rosita Ningrum meluahkan rasa kecewa apabila suaminya enggan hadir ke mahkamah untuk menyelesaikan kes cerai diantara mereka.

Menurut laporan Liputan6.com, Opick atau nama sebenarnya Aunur Rofiq Lil Firdaus, telah melakukan penundaan sebanyak empat kali terhadap kes cerainya itu dan berjanji akan menghadirinya pada hari ini.

"Opick telah berjanji untuk menghadirkan diri berhubung kes cerai diantara kami pada hari ini.

"Namun, dia gagal menghadirkan diri dengan alasan kini sedang sibuk dan berada diluar kawasan.

"Perkara itu membuatkan saya kecewa kerana perbuatannya itu seolah-oleh ingin menangguhkan kes yang sedang berlangsung ini," katanya.

Dian dan Opick telah berkahwin pada 15 Julai 2002 dan dikurniakan enam orang anak.

Dian dilaporkan memfailkan cerai kepada suaminya pada Februari lalu setelah hampir 16 tahun hidup bersama.

Keputusan itu dilakukan selepas Dian dan Opick yang tidak lagi tinggal sebumbung kerana kecewa dengan keputusan Opick untuk berpoligami tanpa izin.

Sumber: Liputan6.com