Pelakon Yatt Hamzah selamat melahirkan puteri ketiganya selepas 13 hari lewat daripada tarikh jangkaan bersalin.

Bayi perempuan seberat 3.33 kilogram itu selamat dilahirkan secara normal kira-kira jam 12.10 tengah hari semalam.

Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah berkongsi foto bersama anak perempuannya menerusi akaun Instagramnya.

Menerusi entri terbaru itu juga, Yatt juga menzahirkan rasa syukur dengan kelahiran itu dan memberitahu anaknya berada dalam keadaan sihat.

“Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar. Saya Yatt Hamzah, Bonda YH telah selamat melahirkan seorang puteri Mujahidah secara NORMAL di Hospital Naluri kira2 jam 12.10 tengahari pada 1 April 2018 bersamaan 14 Rejab 1439H.

“Bonda dan Baby girl #babyYH seberat 3.33 kg dalam keadaan baik dan sihat Alhamdulillah.

“Kami sekeluarga menzahirkan rasa syukur atas kelahiran puteri kami yang ketiga ini.

“Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih atas doa dan sokongan semua, terutamanya keluarga, rakan2 dan semua pihak yang mendoakan termasuk followers di media sosial.

“Mohon doakan agar anak ini jadi seorang Mujahidah yang Solehah, Hafizah Quran, HambaNya yg faqih lagi Muttaqin. Ameen.#yattmengayat #yatthamzah #Alhamdulillah #babydahkeluarakhirnya #overdue13hari,”
tulisnya.

Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar. Saya Yatt Hamzah, Bonda YH telah selamat melahirkan seorang puteri Mujahidah secara NORMAL di Hospital Naluri kira2 jam 12.10 tengahari pada 1 April 2018 bersamaan 14 Rejab 1439H. . Bonda dan Baby girl #babyYH seberat 3.33 kg dalam keadaan baik dan sihat Alhamdulillah. . Kami sekeluarga menzahirkan rasa syukur atas kelahiran puteri kami yang ketiga ini. . Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih atas doa dan sokongan semua, terutamanya keluarga, rakan2 dan semua pihak yang mendoakan termasuk followers di media sosial. . Mohon doakan agar anak ini jadi seorang Mujahidah yang Solehah, Hafizah Quran, HambaNya yg faqih lagi Muttaqin. Ameen. ?? . #yattmengayat #yatthamzah #Alhamdulillah #babydahkeluarakhirnya #overdue13hari

A post shared by www.fb.com/YATT.HARYATIHAMZAH (@yatthamzah_suci) on


Dalam pada itu, ruangan komen foto tersebut dihujani dengan ucapan tahniah dan selamat berpantang oleh pengikutnya.

[BACA: “Jangan Lama Sangat Dalam Perut, Kesian Bonda Dah Tak Larat” – Yatt Hamzah]

Terdahulu, Yatt berkahwin dengan juruvideo Mohammad Zulfadhli Khairuddin pada 27 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata Suci Humaira Iqlima pada 27 Disember tahun lalu.

Yatt juga mempunyai seorang anak perempuan iaitu Suci Hanania Malika, 7, hasil perkahwinan terdahulu dengan Abdul Mutalib Shukor.

Foto: Instagram @yatthamzah_suci

Teks oleh: Mya Amri