Setelah perlbagai spekulasi dan teori yang diberikan ramai pihak, akhirnya persoalan mengenai misteri perempuan kebaya merah yang menjadi topik viral di laman sosial minggu lepas terjawab!

Rupa-rupanya, filem Dukun terbitan Astro Shaw yang sudah lama dinantikan oleh orang ramai bakal menemui penonton pada Khamis ini, 5 April 2018.

Astro Gempak ada menerima poster filem ini dan tertera hashtag #PerempuanKebayaMerah. Pasti video yang tular itu ada kena-mengena dengan gimik promosi filem Dukun.



Ketepikan dahulu mengenai isu viral tersebut, apa yang pasti, Astro Gempak ada menonton trailer filem ini yang dimuat naik di laman YouTube.


Rasanya ramai penonton sudah tidak sabar untuk menantikan kehadiran filem ini dan teruja mahu menontonnya di layar perak tak lama lagi.

Filem arahan Dain Said ini dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat antaranya Faizal Hussien, Umie Aida, Namron, Bront Palarea, Elyana dan Hasnul Rahmat.

Buat semua peminat filem tempatan yang ingin tahu kesudahannya nantikan 5 April di pawagam berhampiran anda.

Jangan lupa saksikan filem Dukun di pawagam dalam versi siaran yang lebih baik serta sistem bunyi yang berkualiti!

All the best untuk filem Dukun!

Teks oleh: Kamaruddin Razal