Sempena ulang tahun kelahiran teman tapi mesranya, pelakon Kamal Adli gigih melakukan kejutan hari jadi untuk aktres Emma Maembong.

Emma berkongsi perasaan terharu dengan tindakan Kamal menerusi sebuah entri di laman Instagram yang dimuat naik olehnya beberapa hari lalu.

Salam jumaat semua. Just nk ckp thank you @kamaladli for the suprise .paling sweet pernah org buat dekat sy. Thank u awk.kalau korang nk tahu ni bukan restoran atas bukit ye ni dekat bukit besi cheras .ni diorg set up sendiri. Gigih korang hiking bwk naik kerusi meja mknan semua. Siap deco lampu2 lg mcm mana la korang bwk naik generator atas bukit ? apa2 pon mmg cantik sgt2. Xtahu nk kata cantik mcm mana .thank u again . ❤️ nnt sy post video k sapa nk suprise mcm ni blh DM @itik_kejam #emavengers #emmamaembong @emavengers

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on


"Just nak cakap thank you @kamaladli for the suprise. Paling sweet pernah orang buat dekat saya. Thank you awk. Kalau korang nak tahu ni bukan restoran atas bukit ye ni dekat Bukit Besi Cheras. Ni diorang set up sendiri.

"Gigih korang hiking bawak naik kerusi meja makanan semua. Siap deco lampu-lampu lagi macam manalah korang bawa naik generator atas bukit.

"Apa-apa pun memang cantik sangat. Tak tahu nak kata cantik macam mana. Thank you again," tulis Emma.

Rata-rata peminat memuji kesungguhan dan kegigihan Kamal di ruangan komen.

Dalam pada itu, peminat juga mahu melihat Emma dan Kamal benar-benar berjodoh dan lekas mendirikan rumah tangga.

Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail menyambut hari lahir ke-26 pada 27 Mac yang lalu.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto & Video: Instagram Emma & Kamal

happy bday @emma_maembongofficial ! semoga panjang umur n murah rezeki! Allah bless u always! tq @itik_kejam n team! @rafie_hasan , @syam_meso , @kamil_adli @advance.trademarket @jajazuber sebab berjaya buat ‘secret garden’ tu hehehe ! ps-sapa nk buat or suprise mcmni boleh DM @itik_kejam

A post shared by K.A (@kamaladli) on

Thank you for the birthday suprise @kamaladli and the geng.hargai sgt2 . Sapa nk tgok full blh tgok dekat youtube “Emma maembong suprise 26birthday from kamal adli” kalau sapa2 nk suprise mcm ni boleh DM @itik_kejam . Again thank u. #emavengers #emmamaembong @emavengers

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on