Tiada angin tiada ribut, aktres Cristina Suzanne dikhabarkan telah selamat bernikah dan menamatkan zaman bujangnya.

Berita tersebut dikongsi oleh Cristina yang memuat naik sekeping foto pernikahan di laman Instagram miliknya.



Menerusi entri tersebut, pelakon filem Surf This Love itu memuat naik foto hitam putih dan sekadar meletakkan kapsyen 310318.

Ruangan komen foto itu dihujani dengan ucapan tahniah yang dikirimkan oleh teman-teman Cristina.

Pelakon filem Jwanita itu turut membalas perutusan tahniah yang diberikan oleh rakan-rakannya dengan ucapan terima kasih.





Menerusi carian Astro Gempak di laman Instagram, Cristina dipercayai melangsungkan pernikahan dengan M Faiz Zakaria yang berasal dari Johor.







Majlis berinai Cristina dan suami diadakan pada Jumaat lalu (30 Mac) manakala majlis akad nikah pula berlangsung semalam (31 Mac).

Tahniah diucapkan untuk Cristina dan suami. Semoga ikatan yang dibina kekal sehingga ke syurga!

Foto: Instagram @cristinastockstill & @sitifaizaamira