Pelakon Izreen Azminda membuka semula akaun Instagram(IG)nya selepas sebulan memadamkan akaun tersebut.

Izreen berkongsi foto terbaru yang merakamkan wajahnya yang sedang tersenyum kira-kira 12 jam lalu dan menerima 11,210 likes.





Bagaimanapun Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam, 33, masih lagi menutup ruangan komen IGnya.

Dalam pada itu, Izreen juga memuat naik kata-kata semangat menerusi ruangan IG Story kira-kira satu jam lalu.



Terdahulu, Izreen teruk dikecam selepas kisah perkahwinannya dengan pemuzik bebas, Ude atau Muhammad Radzi Abdul Wahid terbongkar tahun lalu.

Kemarahan netizen semakin memuncak apabila suaminya mengambil keputusan menceraikan isteri pertama iaitu Intan Liana Saleh

Izreen kemudiannya mengambil keputusan untuk menutup IGnya buat sementara waktu.

Tindakan memadamkan akaun itu dipercayai kerana tidak tahan dengan kecaman netizen.

Ude telah memfailkan permohohan cerai secara baik mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 terhadap Intan pada 28 Februari lalu.

[BACA: “Saya Terima Takdir Yang Allah Tentukan” - Intan Sah Bercerai Talak Satu Dengan Ude]

Pasangan itu sah bercerai talak satu pada 22 Mac lalu.

Ude dan Intan telah berkahwin pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Arish Muqri, tiga tahun, serta Ariq Muqri, satu tahun.

Foto: Instagram @izreen.azminda