Siapa kata Malaysia tak banyak tempat menarik? Ke mana pun korang pergi, ada saja tempat yang #baikpunya. Tak percaya? Kami senaraikan 5 tempat ni, bolehlah korang plan bila nak bercuti ke sana.

#1 Nasi Lemak Bawah Rumah, Terengganu


Kredit: Faizal Zal/ Facebook

Kalau pergi ke Kuala Terengganu, tak sah kalau tak rasa keenakan nasi lemak bawah rumah. Nasi lemak sedap yang dimakan dengan sambal ikan tongkol atau sambal ayam yang pedas manis ni terletak di Jalan Pasir Panjang. Barang baik memang susah dapat! Nasi lemak ni pun tak senang nak dapat tau. Korang kena berada di lokasi sekitar jam 1 hingga 6 pagi kerana perniagaan ni hanya mula dijual selepas tengah malam. Dan ya, bersedia untuk beratur sehingga berjam-jam!

#2 Canopy Tribes, Kota Tinggi


Kredit: Canopy Tribes/ Facebook

Setiap kali bercuti, mesti korang terbayang tilam empuk di bilik hotel. Sekali sekala jomlah bercuti di dalam khemah. Ya, kami maksudkan khemah besar, selesa dan lengkap dengan tilam, lampu hiasan, water heater dan makanan yang turut disediakan. Memang #baikpunyalah, terutama selepas puas dan penat mendaki Gunung Panti di area Kota Tinggi yang terletak tak jauh dari Canopy Tribes ini.

#3 Porto Historia, Melaka


Kredit: Johornow

Jangan salah baca! Bukan Porto Histeria tapi Porto Historia, sebuah tarikan terbaharu di Melaka. Senang je nak cari tempat ni, lokasinya betul-betul di tepi jalan menghala ke Banda Hilir. Bangunan barunya pun dibina menggunakan seni bina lama yang hidup pada waktu malam. Bolehlah korang cuci mata dan posing sakan, ya!

#4 Hedwig Books & Cafe, Kelantan

Kredit: Heds Books & Cafe/ Facebook

Dalam sibuk mencari nasi kerabu, nasi dagang, laksam dan roti titab, apa kata korang ke Hedwig Books & Cafe kalau berkunjung ke Kota Bharu. Bolehlah rasai pengalaman menjadi pelajar Hogwarts. Peminat Harry Potter tentunya tak sabar, kan? Boleh makan sambil membaca buku dan bermain scrabble. Rugilah datang jauh-jauh kalau tak bergambar di sini.

#5 Sasaran Sky Mirror, Kuala Selangor


Foto: Tourism Selangor

Kalau korang merancang nak ke Sasaran, kenalah pastikan korang datang pada bulan muda dan mengambang. Jika tidak, lokasi ini tiada bezanya dengan pantai-pantai lain. Selain boleh posing sakan di pantai cermin, bolehlah lihat burung bertenggek. Ramai yang ke sini kerana inginkan gambar yang cantik dengan air laut persis cermin.

Tidak kiralah berapa banyak yang kita tahu tentang Malaysia, masih ada lokasi yang menanti dengan kejutan. Nak tau lokasi menarik yang lain? Jom tonton program Baik Punya akan membawa anda mengembara ke tempat tersembunyi dan popular di Malaysia yang disyorkan oleh penduduk tempatan, di Astro Ria/Ria HD, mulai 23 Mac, setiap Jumaat jam 9.30 malam.



Sambil mencari lokasi #BaikPunya, pastikan kereta anda dalam kualiti terbaik dengan Petron Turbo Diesel Euro 5 barulah boleh memandu dengan yakin ke semua lokasi menarik ni.



Anda perlu rasai sendiri kehebatan Petron Turbo Diesel Euro 5 ni. Kandungan sulfur yang rendah iaitu 10ppm berbanding 500ppm menjadikan minyak Petron Turbo Diesel Euro 5 ini 50 kali lebih bersih berbanding minyak diesel yang biasa. Jadi, minyak ini bukan saja bagus untuk persekitaran kita, ia juga memberikan lebih penjimatan minyak dan kos pelenggaraan.



Petron Turbo Diesel Euro 5 dapat mengurangkan pencemaran ekzos disebabkan proses pembersihannya yang efisyen. Proses pembersihan ini secara tidak langsung dapat membantu memaksimakan prestasi enjin kenderaan diesel. Paling penting, seperti minyak-minyak Petron yang lain, Petron Turbo Diesel Euro 5 juga mengandungi formula yang TriAction Advantage yang memberikan lebih perlindungan enjin, lebih penjimatan dan lebih kuasa untuk kereta anda.

Layari http://www.petron.com.my/web/ untuk maklumat lanjut.