Pelakon Korea yang terkenal menerusi drama Winter Sonata, Choi Ji Woo akui sudah berkahwin.

Berita gembira itu disahkan oleh agensinya, YG Entertainment menerusi satu kenyataan rasmi beserta foto perkahwinan Ji Woo hari ini.

Ji Woo selamat disatukan bersama tunangnya dalam sebuah majlis tertutup petang tadi.



“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengirimkan ucapan tahniah kepada pasangan ini.

“Majlis perkahwinan Ji Woo berlangsung dengan baik tanpa sebarang kesukaran dan penuh restu daripada keluarga kedua belah pihak,” kata wakil agensinya.



YG Entertainment juga mendedahkan suami Ji Woo bukanlah daripada kalangan selebriti.

Selepas Winter Sonata, Choi Ji Woo juga turut membintangi drama popular Stairway To Heaven, The Suspicious Housekeeper, Temptation, Twenty Again dan Woman with a Suitcase.



Sumber: Soompi