Selepas video ‘Gadis Kebaya Merah’ menjadi tular, ada beberapa pihak ‘berkenan’ menjadikan ‘dia’ sebagai ‘model’ iklan.

Agak menarik kerana, cara yang digunakan untuk mempromosikan produk mereka sangat kreatif dan yang paling penting, menarik minat netizen.

Antara yang paling awal menjadikan ‘Gadis Kebaya Merah’ sebagai ‘model’ ialah Modenas yang menggunakan tagline agak menarik iaitu ‘Si Kebaya Merah Pun Tertarik Dengan Jentera Modenas’.



Sementara itu Domino’s Pizza yang terkenal dengan kepantasan mereka menggunakan bahan viral sebagai bahan promosi turut menggunakan gadis misteri tersebut sebagai ‘subjek’ utama dalam poster mereka.



Terdahulu, video ‘Gadis Kebaya Merah’ tular di laman sosial dan menggemparkan netizen di seluruh Malaysia termasuk Indonesia.

Selain itu, wujud pula beberapa individu yang mengaku menjadi dalang yang merakam video tersebut, bertujuan menakutkan orang ramai.



Disebabkan itu, seorang individu dikenali sebagai Nurul Hisham Abdul Manaf telah dituduh sebagai dalang dalam pembikinan video hantu kebaya merah tersebut dan tidak henti-henti dihubungi orang ramai yang mahu mendapatkan kesahihan kejadian itu.

Bagaimanapun Nazrul Hisham Abdul Manaf yang mana nombor telefonnya telah tersebar menerusi paparan skrin perbualan kumpulan WhatsApp komuniti 'Taman Bunga Raya Official' menafikan penglibatannya dalam video tersebut.

[BACA: Video Seram Perempuan Berkebaya Merah Menghantui Netizen]

Kata Nazrul, kenyataannya dalam perbualan WhatsApp berkenaan telah disalah erti dan dia hanya sekadar mahu menyindir orang ramai yang didakwa mudah percaya dengan apa yang dipaparkan di media sosial.



Selepas nombor telefonnya tersebar, dia menerima lebih 50 panggilan dan hampir 100 mesej sejak semalam.

Foto: Twitter

Teks oleh: Mya Amri