Pelawak Achey mengakui tidak perlu untuk mengambil kelas vokal bagi memantapkan lagi suaranya.

Menurut Achey, dia kini mempunyai dua orang jurulatih vokal yang sentiasa memberi teguran dalam memperbaiki mutu nyanyiannya iaitu Zimi Sofazr dan Black.

"Alhamdulillah percubaan pertama saya dalam menghasilkan single pertama, Yang Terindah dapat diterima oleh orang ramai.

"Saya ingin berterima kasih kepada dua orang kawan saya yang banyak membantu menjaga vokal dalam nyanyian.

"Mereka ini sebenarnya banyak membantu dari segi teknik nyanyian dan disebabkan itu saya tidak harus pergi ke kelas vokal lain untuk memantapkan suara.

"Buat masa sekarang saya cuma harus perbaiki lagi teknik nyanyian agar ia dapat dipelbagaikan," katanya kepada Astro Gempak.

Achey berkata demikian ketika ditemui pada malam gala filem Hantu Wangan di Mmcineplexes e@curve, Mutiara Damansara, baru-baru ini.

Selain Achey, filem Hantu Wangan dibintangi oleh Risteena Munim, Cat Farish, Suffian Shafi, Ruminah Sidek dan Syanie Aida.

Jangan lupa untuk menyaksikan filem Hantu Wangan di pawagam berdekatan.

Dalam perkembangan lain, Achey, Fad dan Abam terlibat dalam program Bocey & Friends Live yang bersiaran secara langsung setiap Jumaat, jam 10 malam di Astro Warna (132) dan Warna HD (124).

Bocey & Friends Live turut menampilkan pelakon vateran Nasir Bilal Khan sebagai Tukang Buka Panggung manakala Datuk Ramli Ms bertindak sebagai pengarah muzik program tersebut.