Usahawan kosmetik yang kini bergelar penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri mengakui bekas madu kepada aktres Izreen Azminda, Intan Liana Saleh merupakan seorang wanita yang baik dan naif.

“Semenjak mengambilnya menjadi model jenama tudung Aliff by Sha, saya dan isteri, Datin Seri Nur Shahida ada duduk berbual dan mengenali Intan dengan lebih rapat.

“Sebagai pemilik jenama tudung, saya melihat Intan sebagai seorang wanita yang baik dan naif. Dia juga sangat tabah mengharungi ujian yang dihadapi.

“Saya enggan komen atau bercakap lebih-lebih mengenai kisah rumah tangga yang dihadapi oleh Intan. Saya tak mahu kacau kisah perkahwinan orang lain dan saya juga tak mahu menghakimi,” kata Aliff.

Intan kini dilantik menjadi model tudung milik Aliff, Aliff by Sha selama enam bulan.

Tambah Aliff, dia turut bersimpati dengan situasi yang dilalui oleh Intan dan berharap wanita itu dapat bangkit demi dua orang anak yang masih kecil.

“Dia mempunyai aura yang kuat dan banyak potensi dalam diri. Tetapi, dia terlalu polos dan naif. Saya berharap dia dapat bangkit dalam menguatkan nama dan berusaha mencari rezeki yang lebih baik untuk anak-anak.

“Insya-Allah, ada sesuatu yang lebih besar yang menanti Intan disebalik ujian yang dihadapi oleh wanita itu,” kata Aliff lagi.

Dalam perkembangan lain, Aliff kini muncul dalam single tebaru Nur Sajat yang berjudul Makhluk Penggoda.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Aliff & Intan