Zara Zya Jadi Penyanyi!

Hiburan
Zara Zya Jadi Penyanyi!
Pelakon popular, Zara Zya memulakan langkah baru dalam bidang seni apabila tampil sebagai penyanyi.
 
Memang suatu yang lumrah sama ada pelakon menjadi penyanyi mahupun sebaliknya.
 
Di sebalik peluang yang ada, selebriti seperti Zara percaya pada bakat sendiri untuk menyanyi.
 
Dia yang memulakan karier seni sebagai pelakon pembantu pada tahun 2011 kemudian diberi kepercayaan memegang watak utama, dua tahun selepas itu.
 
Namanya melonjak menerusi Drama Love U Mr Arrogant dan hasil lakonan itu, dia pernah meraih pelbagai anugerah antaranya Artis Baru Meletop, Hero & Heroin Drama Festival Kuala Lumpur, Artis Baru Wanita Popular Berita Harian dan beberapa anugerah lagi pada 2014.
 
Selepas meraih kejayaan dalam bidang lakonan, Zara kini tampil dengan single "Tiada Dendam' ciptaan Lieynur Liey/Fauzi Aisunam manakala lirik oleh Iman Imran.
 
Lagu ini merupakan kerjasama syarikat Zara sendiri, Zara Zya Management Sdn Bhd bersama Life Records dan Waznah Sdn Bhd dari Brunei Darussalam.
 
Ia boleh didengar menerusi Apple Music bermula esok (29 Mac) manakala video liriknya akan dilancarkan di YouTube Life Records Malaysia pada 30 Mac ini.
 
Lagu ini juga boleh didengar menerusi Spotify, JOOX,KKBOX, DEEZER dan lain-lain platform digital platform pada tarikh yang sama.
 
Teks oleh: Elrafaei Sapi
 

Artikel Berkaitan