“Couple Je Lah, Sesuai Sangat Ni” – Peminat Doakan Emma Maembong Dan Alvin Chong Berjodoh

28 Mac 2018. 4.49 PM
14,375
Hiburan
“Couple Je Lah, Sesuai Sangat Ni” – Peminat Doakan Emma Maembong Dan Alvin Chong Berjodoh
Keakraban hubungan pelakon Emma Maembong dan Alvin Chong menarik perhatian peminat mereka.
 
Lebih-lebih apabila Emma mula menggelarkan Alvin dengan panggilan manja iaitu ‘Baby Pus’ menyebabkan peminat semakin rancak membuat pelbagai spekulasi.
 
Malah ruangan setiap foto yang dikongsi oleh pasangan pelakon drama Awak Suka Saya Tak? di akaun Instagram (IG) juga dipenuhi dengan komen-komen positif yang merestui hubungan mereka.
 
Sebelum ini peminat juga mewujudkan hashtag #Emmalvin sebagai tanda sokongan padu terhadap Alvin dan Emma yang membintangi drama berkenaan.
 
Terbaru, Alvin mendedahkan dia telah membuat kejutan hari jadi untuk Emma.
 

Manakala Emma juga berkongsi foto bersama Alvin beserta hadiah yang diberikan oleh Alvin menerusi IGnya hari ini.
 
 

Thank you baby pus for the gift 🌸 love it . #emavengers #emmamaembong @emavengers

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on


Disebabkan perkongsian itu juga, peminat mula menyimpan hasrat dan berharap hubungan Emma dan Alvin menjadi kenyataan.
 
“Cubalah kamu dua ‘couple’ kan bagus. Dahla muka mau sama, sepadan lagi. Emma cantik & Alvin Chong ensem. Untuk saya korang dua memang sepadan gila laa. Sangat100. %100 i doakan kamu dua jadoh.amin 200,” -@eyla_only
 
“Tak tahulah kenapa tapi bila tengok video ni tersengih sorang-sorang. Korang berdua sepandan sangat macam Fattah dan Fazura,” @buygoldmino
 
“Tersenyum riang melihatkan keakraban persahabatan anda berdua @alvinchong123 ndan @emma_maembongofficial. Andai persahabatan ini bertukar menjadi sebuah perhubungan yang halal kami amatlah gembira dan akan doakan agar ianya kekal bahagia hingga ke Jannah, amin,” -@arin0609

 
Dalam perkembangan terbaru, filem lakonan Emma, Kimchi Untuk Awak tercalon untuk Anugerah MeleTOP bagi kategori Filem MeleTOP.
 
AME 2018 bakal bersiaran secara langsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad, 8 April 2018 jam 9.00 malam dan disiarkan di saluran Astro Ria (104), Astro Prima (105), Astro Ria HD (123) dan Maya HD (134).
 
Manakala program Showcase Eksklusif AME 2018’ disiarkan menerusi platform digital Astro Go bermula jam 5.00 petang hingga 6.30 petang.

Foto: Instagram @emma_maembongofficial / @alvinchong123
 

Artikel Berkaitan