Siapa tak kenal dengan selebriti tinggi lampai, Rozita Che Wan yang tidak pernah kalah gaya walau ke mana saja berada.

Bercuti bersama keluarga atau apa jua acara yang dihadiri Che Ta akan membawa bersama jurugambar tetap yang akan merakamkan setiap momen dia bersama individu sekeliling.

Dedah Che Ta, dek kerana telalu banyak gambar di pelbagai lokasi dan masa, dia terpaksa menyalin semua gambar tersebut dan dikumpulkan dalam bentuk cakera padat (CD).

"Kalau dulu kita ada album gambar, jadi semua gambar yang sudah cetak kita boleh simpan kemas dalam album.

"Sekarang pun konsep samanuga, saya akan isi semua CD tak kira bercuti atau kemana-mana saya pergi dan simpan dalam rumah.

"Saya akan labelkan mengikut lokasi supaya senang nak cari balik gambar-gambar itu nanti. Manalah tahu, nanti kalau Instagram sudah tiada," katanya kepada Astro Gempak.

Che Ta ditemui pada majlis perlantikannya sebagai duta projek perumahan Tunas Homes & Tunah Boulevard di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Che Ta kini sibuk menguruskan perniagaannya dan terpaksa mengenepikan tawaran berlakon dek jadual bercanggah.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @rozitachewan1