Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) antara badan kebajikan artis yang paling tertua dalam industri hiburan yang bertindak memperjuangkan nasib golongan selebriti.

Sudah banyak usaha yang dilakukan SENIMAN sejak daripada kepimpinan terdahulu iaitu Allahyarham Datuk Mustapha Maarof dan Allhayarham Harun Salim Bachik sehingga jawatan presiden diambil alih oleh Zed Zaidi.

Di sebalik pelbagai isu dalaman persatuan yang diusulkan ahli, Zed berusaha menyelesaikan setiap masalah secara profesional.

Perkembangan terbaru, SENIMAN memperkenalkan satu kenderaan khas pelbagai guna yang boleh memuatkan 15 penumpang.



Zed memberitahu, kenderaan tersebut akan digunakan untuk membantu ahli SENIMAN dalam menyelesaikan pelbagai hal terutama membabitkan artis uzur untuk ke hospital.

Kenderaan bernilai lebih RM120,000 itu dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak di Perbadanan Kemajuan Flem Nasional (FINAS), Hulu Klang, Selangor, siang tadi.



Zed bagaimanapun menyelar sikap artis muda yang kurang memberi sokongan pada persatuan dalam acara sedemikian.

Tambahnya, SENIMAN tidak boleh menyelesaikan semua masalah artis tetapi memberi peringatan pada golongan selebriti untuk mendekatkan diri dengan persatuan.



Teks oleh: Elrafaei Sapi

Sumber: Kosmo!

Foto: Facebook - Zack Koolg, Muqharabbin Mokhtarrudin & Lepe Al Bakr