Penulis lirik Iman Imran memberitahu kisah sebenar kehidupan artis menjadi taruhan utama dalam novel pertamanya, Menangkah Cinta?
Iman Imran atau nama sebenarnya Rudy Imran Shamsuddin, 41, berkata dia mendapat inspirasi untuk menulis kisah artis berdasarkan pengalamannya lebih 20 tahun terlibat dalam dunia hiburan.
“Secara jujurnya naskah ini diadaptasi daripada pengalaman saya sepanjang menjadi wartawan. Pelbagai situasi saya dah lalui dan berlaku di depan mata.
“Bagaimanapun, gosip atau kisah panas yang ada dalam novel ini saya ubah menjadi sebuah fiksyen supaya nanti tidak ada pihak yang terasa dengan cerita tersebut.
“Sebagai contoh kisah pergaduhan yang membabitkan seorang pelakon popular yang pernah menggemparkan dunia hiburan.
“Tetapi apabila diterjermahkan dalam novel, saya mengubahnya menjadi situasi yang agak berlainan,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran novel Menangkah Cinta di Kota Damansara, baru-baru ini.
Dalam pada itu, mengulas mengenai novel tersebut, Iman memberitahu dia hanya mengambil masa beberapa bulan untuk menghasilkan novel berkenaan selain gaya penulisannya yang agak berbeza berbanding penulis novel lain.
“Cara saya menulis agak berlainan dengan penulis lain di mana saya tidak mengikut norma kebiasaan penulis novel.
“Novelis selalunya akan fikir jalan cerita, tajuk, pecahan-pecahan bahagian tertentu dan sebagainya tetapi untuk saya tidak kerana cerita ini dah lama ada dalam kepala.
“Hampir tiga tahun saya fikir dalam kepala saya dan setiap hari ada saja cerita yang ingin dituliskan.
“Bila dah mula menulis secara tidak langsung jalan cerita yang ada dalam kepala saya itu terus berkembang.
“Secara jujurnya, sebagai penulis baru dalam bidang penulisan novel, saya akui ada buat rujukan dengan beberapa penulis lain antaranya Damya Hannah.
“Mereka banyak membantu dan Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan terhasilkan impian saya untuk menghasilkan novel Menangkah Cinta,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Iman mempunyai perancangan untuk mengadaptasi novel tersebut kepada drama.
“Saya dan pihak MindOder Sdn Bhd ada perancangan untuk menjadikannya drama. Kami sudah ada pelakon-pelakonnya.
“Bagaimanapun perkara itu masih lagi dalam proses perbincangan dan ada kemungkinkinan pelakon-pelakon di bawah pengurusan MindOder Sdn Bhd seperti Nazrief dan Nadzmi Adwaa yang akan membintangi drama tersebut.
Novel Menangkah Cinta? boleh dibeli secara atas talian di www.mindoder.com.my atau hubungi 012-3141500 dengan harga RM29.00.
Ahmad Shah
Tue Sep 06 2016
“Saya Hanya Cuba Untuk Membuatkan Diri Saya Berdiri Semula…” - Senyuman Aliff Aziz Tak Sindir Sesiapa
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz membuka mulut mengenai isu lagu yang dikongsikan menerusi Instagram Story baru-baru ini.
Adik Ruhainies Kagum Sifat Kakak, Maafkan Orang Hina Dengan Hati Terbuka
Adik kepada pelakon, Ruhainies, Asha Zainul berasa kagum dengan sifat keikhlasan kakaknya yang masih kekal tenang dan memaafkan orang yang menghinanya dengan hati terbuka.
Banjir Dubai: Anang, Ashanty Terkandas, Doa Dapat Segera Pulang
Ribut petir yang melanda Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Selasa membuatkan sebahagian besar bandaraya tersebut lumpuh.
Hantaran Aliff Aziz 'Since You Been Gone' dan Bella Astillah POV Cari Pengganti Curi Perhatian Ramai!
Selepas lama menyepi di media sosial sejak kontroversinya, pelakon dan penyanyi Aliff Aziz memuat naik hantaran di Instagram Story (IG Story).
Kenali Dr Wan Wardatul Amani, Saintis Malaysia Pertama Terlibat Dalam Misi NASA ke Marikh!
Mungkin ramai diantara kita tidak mengenali beliau, namun pada April 2014 seorang saintis, Prof Madya Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim berjaya mencipta fenomena besar apabila berjaya mencatat sejarah sebagai wanita pertama Malaysia terbabit dalam program penghantaran penyelidikan ke angkasa dalam misi agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebang
Westlife Kembali Ke Malaysia, Bikin Konsert Di Arena Of Stars Genting Highlands Jun Nanti!
Kumpulan pop terkenal dunia, Westlife akan kembali ke Malaysia untuk mengadakan konsert satu malam di di Arena of Stars, Resorts World Genting pada 9 Jun nanti.
Bil TNB Wanita Ini Lebih Mahal Daripada Ansuran Rumah Gara-Gara Pasang Aircond 24 Jam!
Wanita ini terpaksa menanggung bil elektrik sehingga RM2,000 selepas menggunakan pendingin hawa hampir 24 jam sehari.
Dituduh Bongkak Sebab Pertikai Bayaran RM500 Sehari, Ini Respons Azlee Senario
Azlee Senario enggan mengambil pusing mengenai kata-kata kurang manis yang dilemparkan kepada dirinya.
Dina Nadzir Terkenang Memori Raya Terakhir Bersama Arwah Bapa - “Masa Tu Lama Betul Abah Peluk Saya…”
Dina rindu arwah bapa.