Pasangan selebriti popular hollywood, Brad Pitt dan Jennifer Aniston dilaporkan merancang untuk berkahwin semula selepas mendapat restu daripada ibu Brad Pitt.

Menurut laporan Hollywood Life, Brad Pitt dan Jennifer Aniston mempunyai rancangan untuk mempunyai anak bersama-sama selepas mendirikan rumah tangga.

"Hubungan Brad Pitt dan Jennifer Aniston semakin intim selepas mereka mengambil keputusan untuk memperbaiki kesalahan yang pernah dilakukan dulu.

"Jennifer Aniston juga telah bertemu dengan ibu Brad Pitt dan ternyata ibunya gembira apabila mengetahui mereka kembali berbaik semula.

"Mereka sekarang ini merancang membeli rumah yang lebih selesa untuk tinggal bersama-sama," kata sumber.

Brad Pitt dan Jennifer Aniston berkahwin pada tahun 2000 sebelum mengambil keputusan untuk berpisah pada tahun 2005.

Perpisahan Brad Pitt dan Jennifer Aniston disebabkan oleh Brad Pitt terlibat cinta lokasi bersama Angelina Jolie dalam film Mr. & Mrs. Smith.

Sumber: Hollywood Life