Pelakon Ramona Zamzam mengakui terpaksa menolak tawaran lakonan selepas melahirkan anak sulungnya pada 9 Disember 2017.

Ramona Zamzam atau nama sebenarnya Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam berkata, buat masa sekarang dia masih bercuti dan ingin memberi fokus sepenuhnya kepada keluarga.

"Alhamdulillah, saya bersyukur apabila tawaran lakonannya masih tidak berkurang, cuma kini terpaksa menolak disebabkan anak masih kecil.

"Kali terakhir saya shooting ketika hamil satu bulan dan selepas itu terpaksa menolak kerana perut dah nampak.

"Sekarang pun ada tawaran yang datang, tapi saya terpaksa menolak kerana ingin menyusukan anak sepenuhnya.

"Saya mungkin akan kembali aktif semula selepas anak saya sudah boleh makan dan tidak hanya mengharapkan susu badan sahaja," katanya kepada Astro Gempak.

Ramona berkata demikian ketika ditemui pada malam gala filem KL Special Force di Mmcineplexes e@curve, Mutiara Damansara, baru-baru ini.

Selain Ramona Zamzam filem bercorak kepolisan ini turut dibintagi Fattah Amin, Datuk Rosyam Nor, Syamsul Yusof, Tania Hudson, Puteri Balqis, Mustaqim Bahadon, Josiah Hogan, Shaharudin Tambi, Esma Danial dan ramai lagi.

Jangan lupa untuk menyaksikan filem KL Special Force di pawagam seluruh sekarang.