Pelakon terkenal Korea, Lee Jong Suk mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak dengan agensinya YG Entertainment.

Perkara itu disahkan sendiri oleh YG Entertainment dalam satu kenyataan rasmi hari ini.

Menurut wakil YG Entertainment, keputusan itu dibuat atas persetujuan bersama selepas kontrak Jong Suk berakhir pada 21 Mac ini.

“Selepas hasil perbincangan bersama Jong Suk berkenaan dengan kontraknya, Jong Sung mengambil keputusan untuk tidak memperbaharui kontrak berkenaan.

“Sehingga kini, kami sentiasa mempercayai bakatnya dan menyokong segala kerjaya seni yang dilakukan Jong Suk selepas ini,” ujar wakil tersebut.

Dalam pada itu, spekulasi mengatakan pelakon kacak ini bakal menandatangi kontrak bersama agensi YNK Entertainment tidak lama lagi.

Mengulas mengenai perkara itu, YNK Entertainment memberitahu masih belum ada sebarang keputusan rasmi dibuat.

“Memang benar kami ada membuat perbincangan mengenai kontrak eksklusif bersama Jong suk.

“Bagaimanapun masih belum ada kata putus lagi mengenai perkara tersebut,” kata wakil syarikat berkenaan.

Sumber: Soompi