Pelakon Yatt Hamzah akui kandungannya kini sudah melebihi tarikh jangkaan bersalin.

Yatt mendedahkan perkara itu menerusi entri terbaru di akaun Instagram miliknya harinya.

Entri tersebut disertakan dengan fotonya bersama anak keduanya, Suci Humaira Iqlima.

“Salam Asar dari Ustazah @sucihumairaiqlima yang lapar dan Mak Yong Bonda YH yang masih tak meletop lagi sebab lil Mujahidah #babyYH seronok dalam perut tak nak keluar!” tulisnya.

Menerusi posting yang sama, Yatt juga bertanyakan tips kepada pengikut IGnya tentang cara untuk mempercepatkan proses bukaan dan melancarkan laluan bersalin.

“Selain dari bersenam, berjalan dan amalkan ayat-ayat Suci Al-Quran, ibu juga digalakkan amalkan Virgin Coconut Oil dan makan buah nanas untuk cepatkan bukaan dan lancarkan laluan bersalin. Eh betul ke?

Betul ke ni? #yattmengayat #fromtheheartofamujahidah #darihatiseorangmujahidah #yatthamzah #pregnant #overdue #40weekspregnant,”
tulisnya.

Salam Asar dari Ustazah @sucihumairaiqlima yg lapar dan Mak Yong Bonda YH yg masih tak meletop2 lagi sebab lil Mujahidah #babyYH seronok dalam perut tak nak keluar ??..!! . Selain dari bersenam, berjalan dan amalkan ayat2 Suci Al-Quran, ibu juga digalakkan amalkan Virgin Coconut Oil dan makan buah nanas utk cepatkan bukaan dan lancarkan laluan bersalin. Eh betul ke? Betul ke ni?? . #yattmengayat #fromtheheartofamujahidah #darihatiseorangmujahidah #yatthamzah #pregnant #overdue #40weekspregnant

A post shared by www.fb.com/YATT.HARYATIHAMZAH (@yatthamzah_suci) on

Berikut merupakan antara tips yang dikongsi oleh pengikutnya:





Foto: Instagram @yatthamzah_suci

Teks oleh: Mya Amri