Penyanyi Elly Mazlein mengakui tidak kisah apabila ada orang masih berkata mengenai penampilannya yang didakwa seksi.

Perkara itu berlanjutan apabila baru-baru ini Elly didakwa melakukan pembedahan untuk membesarkan payudara.

[BACA: "Payudara Saya Montok Sebab Anak Menyusu Badan, Bukan Pembedahan" - Elly Mazlein]

"Sejujurnya, saya tak kisah kerana mulut orang kita tak boleh tutup. Apa yang saya ingin tegaskan, ini memang diri saya yang sebenar.

"Apa yang penting, saya tak melenting dan menghormati pandangan semua pihak. Hak mereka untuk bersuara. Apa yang penting, masih ramai peminat yang menyokong perjalanan karier saya," katanya.

Seloroh Elly, dia juga tak ambil peduli jika ada orang masih berkata mengenai dadanya.

"Saya tak kisah jika orang cakap mengenai dada saya, asli atau tak ke, bentuk badan seksi ke.. Biarlah. Tapi saya juga minta ruang untuk anda memperkatakan mengenai perkara lain seperti perkembangan kerjaya saya. Penat tau Kak Lina kerja," katanya sambil ketawa.

Mengorak langkah sebagai pengacara untuk rancangan Mentor Otai, Elly juga dikritik cara penyampaian yang gedik di atas pentas.

"Sebagai pengacara baru, saya tak mampu untuk memuaskan hati semua pihak. Ini merupakan cara saya sendiri dan saya akan cuba memperbaikinya setiap minggu.

"Apa yang penting, pihak produksi berpuas hati dengan apa yang saya cuba sampaikan dan saya menjadi diri sendiri. Insya-Allah, saya akan memberikan hasil kerja yang terbaik setiap minggu," katanya lagi.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Elly