Aktres popular, Datin Diana Danielle bukan saja berbakat dalam lakonan tapi hebat berlumba di atas trek.

Siapa sangka di sebalik wajah dan gaya kelembutan isteri Datuk Farid Kamil ini sebenarnya mempunyai jiwa kental untuk berlumba kereta.



Impian itu menjadi kenyataan selepas Diana terbabit dalam perlumbaan Toyota Gazoo Racing (TGR) Festival yang berlangsung selama dua hari di Technology Park Malaysia (TPM), Bukit Jalil, Kuala Lumpur sejak semalam.

Diana yang tetap kelihatan jelita dengan sut pelumba Toyota itu tetap bersemangat untuk meneruskan perlumbaan yang bersambung hari ini.



Menerusi gambar yang dikongsi Diana menerusi Facebook, turut bersama dengannya memberi semangat di trek adalah suaminya dan juga ibunya.

Aksi manja Diana dan Farid sebelum perlumbaan membuktikan cinta mereka masih utuh.

Diana antara selebriti yang terbabit dalam acara ini selain Shukri Yahya, Fattah Amin dan Janna Nick.



Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: Facebook Diana Danielle